
Jom Sihat merupakan program komuniti yang menggalakkan penduduk mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan, rekreasi dan kecergasan. Program ini memberi peluang kepada penduduk daripada pelbagai peringkat umur untuk mencuba aktiviti baharu, bersenam bersama serta membina hubungan kejiranan dalam suasana yang santai dan menyeronokkan.
Jom Sihat 健康社区计划 是一项鼓励居民培养健康生活方式的社区计划。通过运动、休闲及健身活动,让不同年龄层的居民体验新运动、一起锻炼身体,并在轻松愉快的氛围中促进邻里交流。
Program ini bermula dengan aktiviti pengenalan Pickleball untuk peserta baharu, diikuti dengan aktiviti Line Dance bersama komuniti. Melalui sambutan yang menggalakkan, aktiviti Pickleball kini diteruskan sebagai program bulanan di bawah Jom Sihat.
这项计划从初学者匹克球体验活动开始,随后举办社区排舞活动。由于居民反应良好,匹克球将继续作为 Jom Sihat 每月固定举办的社区健康活动。
Program Pickleball memberi peluang kepada penduduk, khususnya peserta baharu, untuk mempelajari asas permainan dan mencuba sukan ini dalam suasana yang santai, mesra dan menyeronokkan.
匹克球活动让居民,尤其是从未接触过匹克球的初学者,能够轻松学习基本玩法和技巧,并体验这项充满趣味的运动。
Aktiviti ini sesuai untuk peserta yang baru pertama kali bermain Pickleball. Peserta akan diperkenalkan kepada peraturan asas, cara memegang paddle, teknik pukulan asas dan cara permainan dijalankan.
这项活动适合首次体验匹克球的居民。参与者将学习基本规则、球拍握法、基础击球技巧及比赛方式。
📅 Ahad pertama setiap bulan 每月第一个星期日
🕙 10.00 pagi 上午10时
📍 DINKiT PIKKLEBALL COURT
Peserta digalakkan membuat pendaftaran awal kerana jumlah penyertaan mungkin terhad mengikut kapasiti gelanggang. 由于球场人数可能受限,建议居民提前报名。
Aktiviti Line Dance menghimpunkan penduduk untuk bersenam bersama melalui pergerakan tarian yang mudah, tersusun dan menyeronokkan. Aktiviti ini bukan sahaja membantu meningkatkan kecergasan fizikal, malah memberi ruang kepada penduduk untuk berinteraksi dan menikmati aktiviti berkumpulan.
社区排舞活动通过简单、有规律及富有趣味的舞步,让居民一起运动。除了帮助提升体能,也为居民提供互动交流及参与团体活动的机会。
Line Dance sesuai untuk peserta yang ingin melakukan aktiviti kecergasan ringan dalam suasana santai. Peserta boleh mengikuti pergerakan secara berperingkat mengikut kemampuan masing-masing.
排舞适合希望进行轻松健身活动的居民,参与者可根据个人能力,循序渐进地学习和跟随舞步。
Penduduk dijemput untuk menyertai aktiviti Jom Sihat bersama keluarga dan rakan-rakan. Tidak kira sama ada anda seorang beginner atau sudah mempunyai pengalaman, program ini menyediakan ruang untuk kita bergerak aktif, mencuba sesuatu yang baharu dan menjalani kehidupan yang lebih sihat bersama-sama.
欢迎居民携带家人及朋友参与 Jom Sihat。无论是初学者或已有运动经验,都可以通过这项计划积极运动、尝试新活动,并共同培养更健康的生活方式。
Maklumat mengenai tarikh, lokasi dan pendaftaran bagi setiap aktiviti akan diumumkan dari semasa ke semasa melalui laman web, media sosial dan saluran WhatsApp rasmi.
每项活动的日期、地点及报名详情,将通过网站、社交媒体及官方 WhatsApp 平台陆续公布。
Pickleball Beginner Session
2 August 2026 (Sunday) | 10.00 AM

07.06.2026
DINKiT Picklleball Court
.jpeg/:/cr=t:0%25,l:0%25,w:100%25,h:100%25/rs=w:600,cg:true)
04.07.2026
Bola Keranjang Lakeside
We use cookies to analyze website traffic and optimize your website experience. By accepting our use of cookies, your data will be aggregated with all other user data.